'PATIK MOHON AMPUN TUANKU' DAN 'PERMOHONAN PENGAMPUNAN'

in voilk •  6 months ago

    425491621_10161779937271042_3656461830285824297_n.jpg

    Dua jenis 'ampun' dalam dua hari yang serumpun.

    Dosa yang diperlakukan keatas siapa? Lantas keampunan diminta dari mana? Disini kah contoh menunjukkan kita mampu berbelas kasihan? Atau nafsu amarah membuak-buak ingin melempar hukuman?

    Adakah perasaan kesal atas kesalahan? Atau masih rasa diri mereka itu dewa kayangan? Untuk hidup mencuri roti adakah berbeza dengan kleptokrasi? Siapakah hakim siapakah juri?

    Naim Al Kalantani ada berbicara di Youtube tempoh hari. Mengenai ramalan-ramalan dalam filem-filem P. Ramlee. Kenapa apa yang dicerita bisa dirasa kita semua setelah sekian lama?

    Adalah kerana kritikan sosial dahulu dan kini sama sahaja. Yang berkuasa masih tamak dan yang fakir masih memintak. Lumrah dan amarah. Manusia tidakkan berubah.

    Dari filem tahun 2018 Kleptocrats, ada filem hitam putih dari tahun 1905 berjudul The Kleptomaniac. Isu yang sama kerana manusia berubah tiada. Dipengakhiran cerita, patung Lady of Justice memegang neraca tertutup mata. Disebelah kiri adalah roti. Disebelah kanan adalah emas berkilauan. Neraca menyenget kesebelah emas. Mata Lady of Justice terbuka dan terbeliak melihat sinaran warna. Begitulah cerita.

    Bulan puasa dan Hari Raya bakal tiba. Ampun maaf dipinta.
    425530810_10161779937286042_79962963488602115_n.jpg

      Authors get paid when people like you upvote their post.
      If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE VOILK!